My Resource Centre Centre for language, training and web design
PUSAT PEMBANGUNAN WEB, BAHASA DAN LATIHAN, TERENGGANU
Bahasa Inggeris menjadi satu bahagian penting untuk maju ke depan selain daripada bahasa ibunda. kursus bahasa Inggeris yang ditawarkan di My Resource Centre melengkapi keperluan bakal pelajar untuk mahir bahasa dunia ini.
Kelas Bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh My Resource Centre seperti berikut:
* kelas persediaan MUET (Malaysian English University Test)
* Kelas bahasa Inggeris Asas
* kelas bahasa Inggeris Pertengahan
* kelas boleh membaca bahasa Inggeris sebelum ke sekolah
* kelas perbualan bahasa Inggeris untuk pelajar sekolah rendah
Bahasa Asing lain yang ditawarkan adalah seperti berikut:
* bahasa Arab
* bahasa Sepanyol (dalam perancangan)
* bahasa Turki (dalam perancangan)
MUET
Malaysian University English Test adalah satu peperiksaan wajib bagi
pelajar diploma, STPM, pra ijazah dan matrikulasi yang ingin menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama. MUET mempunyai 4 kertas : Listening, Speaking, Reading dan Writing.
Bahasa Inggeris Umum (Asas dan Pertengahan)
Menggunakan silibus Cambridge, kursus bahasa Inggeris untuk umum terbahagi kepada dua kategori; asas dan pertengahan. Kategori pelajar diberitahu semasa sesi konsultansi dengan guru bahasa.
Setiap level kursus akan berjalan selama 4 bulan. Pelajar akan belajar Grammar, Speaking and Communication dan Basic Writing.
Kelas boleh membaca Bahasa Inggeris sebelum ke sekolah
Program khusus untuk kanak kanak pra sekolah. Kanak kanak seawal 2 tahun diterima untuk program ini. Selain mengenali huruf dan sebutan, peserta akan didedahkan dengan kemahiran komunikasi sesuai dengan umur pra sekolah.
Kelas Bahasa Arab
Pelajar akan belajar berbual dan menulis dalam bahasa Arab. Kursus akan berjalan dalam masa 4 bulan untuk 1 peringkat.
kelas Bahasa Asing
